By: datin haryati laham

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Thursday, 11-Dec-2008 04:06 Email | Share | Bookmark
Jalan -jalan cari makan di Melaka bandar bersejarah...

dah lama tak naik beca, seronok juga
istana kesultanan melaka
kaw di sekitar A'Famosa tu....
suasana di balai rong seri pada zaman kesulatanan melaka dulu
macam flea market, di sekitar bangunan merah
dikatakan tempat beradu sultan melaka
keindahan istana melaka
didalam istana
 
 
[i[b]]Kalau nak diceritakan, betapa saya ni meminati lawatan yang sebegini, sama seperti semasa saya melawat Padang ,bukit tinggi ,indonesia. Saya telah melihat sendiri istana Pagar Ruyung disana ,dimana katannya istana itu dibuat hanya menggunakan pasak dan memang benar, tidak jumpa satu pun paku. Nanti jika ada lagi foto videonya, saya akan masukkan ke dlm fotpages. Ok.....Ini pula Istana Kesultanan Melaka, adik2 saya ni,mengambil kesempatan merakamkan foto di sekitar A'Famosa, dan didalam istana.
Bagi saya pengalam sebegini amat bermakna dan saya memang suka ,boleh menjana minda kita, tak kisahlah dalam negeri ke luar negeri ke, sama aje,












Tetapi suasana dibalai rong tu ,saya rasa sedikit menyeramkan, dan juga suasana di bilik beradu sultan, entahlah saya sendiri dapat rasa, ada kelainan sedikit, ataupun mungkin memg di buat sedemikian rupa,,Apa2lah.....

Tetapi yang paling best sekali naik beca lah apalagi. semasa saya pergi tu tengah duk kecoh Shah Rukh Khan kat melaka, memang pun, katannya beliau membuat persembahan singkat disitu, tapi saya tak peduli, saya lagi seronok naik beca....Dengan bermacam2 hiasan bunga dibeca itu, menarik perhatian saya,ada juga yang memasang radio tape lagu hindustan di beca tu sendiri, maklumlah, Shah Rukh Khan ada di Melaka kan...



Kebetulan semasa kami sampai,waktu mkn tengahari, so apalagi, kami makan dihadapan musium tentera laut ,dimana pilihan lauknya, masak gulai asam pedas,siput sedut, sambal belacan,ulam raja dan petai, hemmmmmmm, ngam lah tu dgn adik sya. hantu sambal belacan......hahahha.

Dikatakan oleh penjaga istana melaka , bahawa tiada dapur didlm istana.Rumah dapur dipisahkan dan dibina dibahagian belakang istana, asing,tetapi berdekatan, begitu juga dengan tandas,walauun dibilik beradu sultan pada zaman dulu, disediakan bekas takungan untuk digunakan sultan, dan pada keesokan paginnya akan di angkat oleh cacai penggangkat. Saya teringat dlm sebuah filem P.ramlee, Tiga abdul ada menyebut perkataan 'cacai' itu...patut ler..........hahhaha


[b][i][b]


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net