By: datin haryati laham

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
[<<  <  1  2  3  4  5  6  [7]  8  9  10  11  12  13  14  15  >  >>]    [Archive]
Wednesday, 10-Jun-2009 02:38 Email | Share | | Bookmark
Lawatan ke kilang percitakan di KARANGKRAF/Nostalgia MIDI

press conference
Editor eizan bersama Kak K
 
View all 15 photos...
Ola semua, kali ini saya ingin berkongsi bersama satu pengalaman yang saya suka dimana ia merupakan lawatan berupa pengetahuan iaitu Lawatan ke kilang percetakan di Karangkraf di Shah Alam.kerana tidak semua orang yang dibenarkan masuk kedalam situ dan selama ini pun kita tidak dapat membayangkan bagaimana proses2 percetakan majalah2 yang cantik2 itu di buat begitu rupa termasuk majalah Nona,Wanita,Midi,Keluarga,Mingguan Wanita, dll. Bukankah ini satu pengalaman berharga.
Dari sesi penggambaran di studio, dibawa ke editor untuk diedit gambar2, di hantar untuk dicetak, semua memerlukan kepakaran agar pembaca tidak merasa jemu. Dan hasilnya ialah gambar2 yang menarik, cantik kerana di Karangkraf ia mempunyai segala mcm peralatan percetakan yang canggih manggih dan pekerja yang agak ramai jumlahnnya. Anda juga boleh menempah kad ucapan,profile perniagaan andan, banner, bunting, kad hari raya,kalender yang dimuatkan gambar anda sendiri,keluarga,hingga ke kad kahwin dan juga kad perniagaan. Lihatlah foto2 yang sempat saya rakamkan disini semasa sesi perkenalan bersama wartawan pada 9hb

Selain dari itu, aktiviti saya ialah foto session untuk 10 finalis NOSTALGIA MIDI PAD 18HB JUL nanti, di taja oleh Puan Kamariah pemilik penuh Pro Rzac.Suasana agak gamat dan kecoh dengan para finalis pada hari itu. Seawal 8.00 pagi kami kena berkumpul di sana, breakfast dan makeup serta memakai baju dari penaja. Itu yang mengambil masa lama . Selepas itu kami dikenalkan kepada para wartawan dan juga pemilik Pro Rzac serta majlis penyerahan penajaan kepada editor MIDI iaitu Eizan Ariffin,
Selepas itulh kami dibawa melawat kekilang dan selepas itu kami diberi taklimat oleh perunding fesyen ,Richie Rachman berkenaan majlis pada 18hb nanti. Turut memberi ucapan ialah Puan Firdaus Dato Hissamuddin selaku penerbit eksekutif dimana saya di maklumkan ia adalah milik ayahnnya iaitu Datuk Husamudin Yacob.






(kak mona- adik kpd Datin Seri Maznah Rais, tgh dok skodeng majalah MIDI di stesyen terakhir,sblum diedarkan kepada umum-keluaran 15hb June,2009)


Sunday, 24-May-2009 04:30 Email | Share | | Bookmark
The sally's duta collection

sally's duta collection
 
 
View all 4 photos...
Salam semua Rasannya macam dah lama tak update fotopages, agak-agak sibuk dengan aktiviti lah apa lagi, idea untuk menulis,menjahit pun tak berapa nak mari, cuma nak siapkan cik sally punya tempahan untuk majlis perkahwinan nanti.
Kerahan otak sebab idea takde langsung, kepala duk fikir macam2 program dlm kepala penuh.
Kainnya ciffon lembut yang teramat lembut, kena tahap kesabaran yang tinggi nak menjahit tu,
Tapi inilah hasil untuk baju cik sally, harap dia suka lah koleksi saya yang ini, hemmm, sebab dia kata nak yang bunga-bunga daisy tu, so saya create lah, jadi mcm ni so .
.
Selepas ini nantikan koleksi saya dari Bandung ,kain sutera shantung yang ditempah oleh kawan baik saya bekerja di City bank.Dalam proses penyiapan , TUNGGU .............




Saturday, 16-May-2009 15:48 Email | Share | | Bookmark
PERSEMBAHAN POCO-POCO HARI IBU

hayun jangan tak hayun
pinggulnya bu
 
Hari ini lah kami "perfom' di pentas Plaza Shah Alam, dihadapan ramai orang. Masing-masing dengan agak gementar dan gemuruh, tapi kami tetap "maintain" hehehe .
Seawal jam 11am lagi saya dan mula menyiapkan mereka semua, satu demi satu, dengan lengkap berpakaian hijau epal dgn logo kami, Saya sponsor make-up dan hairdo, serta baju dll

Kami mendapat sorakan gemuruh dari pengunjung2 disitu , itu yang memberi kami semangat dan sedikit sebanyak "nervous" tu hilang u!!!!Dan kami juga mendapat pujian dengan mempersembahkan lain dari yang lain version poco-poco edisi "kepala otak" saya sendiri,heheh, asyik tengok byk tempat poco2 asyik sama je pergerakkannya, so saya cuba sesuatu yang daring sikit jangan mare nyah,





yang penting goyang nya


Monday, 11-May-2009 03:58 Email | Share | | Bookmark
SELAMAT HARI IBU

BUNGA SHARILA
 
Agak sibuk saya dlm minggu ini dgn tempahan baju ,dengan latihan poco-poco yang nak perform pada sabtu ini, dgn kelas menjahit manik,dgn salon, so saya cuba masukkan entry baju koleksi saya yang terbaru ini
Apa ke nak bagi nama hehe, bab beri nama ni saya susah sikit tapi sempena HARI IBU kan so saya nama kan sempena nama mem saya Sharila.



Inilah Bunga Sharila, merah,hitam berkilat-kilat cantik kainnya. warnapun terang macam lampu spotlight. Sebenarnya baju ini masih dalam proses pembikinan, belum siap sepenuhnnya, biasalah, kasi intro dulu.

Sempena hari ibu ini saya mengucapkan SELAMAT HARI IBU, kepada semua beaders2, peminat senyap, dan kepada semua ibu-ibu, semuga hari2 mendatang akan lebih ceria dan membahagiakan. Biarlah umur kita menjangkau hari demi hari, yang penting corak pemikiran kita, hati kita,niat kita bersih dan ikhlas, insyaalah kita akan kelihatan muda (ini petua tau).Jauhkan sikap syak wasangka,nagetif thinking,rendah diri,buruk sangka, kerana ini semua meninggalkan kesan di wajah kita (Hati kena baik be)


SELAMAT HARI IBU
[/size]


Monday, 11-May-2009 03:35 Email | Share | | Bookmark
LA' VIDA GROUP POCO-POCO

EXCITING!!!! group poco-poco La'Vida telah mendapat banyak jemputan di sana sini untuk majlis-majlis , rasa gementar pun ada, seronok pun ada teruja pun ada!!
Pada 16hb Mei ini group kami akan beraksi di Plaza Shah Alam , sempena dengan sambutan Hari Ibu yang di anjurkan oleh majalah MIDI, so tunggu lah.

Ini adalah undangan pertama yang saya boleh terima setelah melihat kebolehan mereka setelah mereka berlatih hampir berbulan2 lamannya.Sebelum ni tak berani, takut tak menjadi.Dan nampaknnya, hari demi hari, makin ramai yang ingin mengambil bahagian,hehehe, baguz,baguz,maintain,maintain kak!!

Kepada yang berminat nak join(untuk program yang akan datang) , silalah hubungi saya , berani ke nak perform atas stage atau dihadapan VVIP atau Kerabat2 diraja!!!!!.Sila sahut cabaran saya tu, bagi yang berminat, sila hubungi saya seperti no tel diatas ya, jangan m alu jgan segan
,
[/size] .

GOYANG PICA-PICA


[<<  <  1  2  3  4  5  6  [7]  8  9  10  11  12  13  14  15  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net