By: datin haryati laham

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
[<<  <  5  6  7  8  9  10  11  [12]  13  14  15  16  17  18  19  >  >>]    [Archive]
Friday, 19-Dec-2008 04:15 Email | Share | | Bookmark
Jalan-jalan cari makan di Bukit Tinggi,Padang!!!!

 
 
 
View all 7 photos...

Saya masih lagi menyimpan video dan foto2 lawatan saya ke Bukit Tinggi, Padang Indonesia, tak berapa lama dulu, sayang kalau saya hapuskan dan biarkan saja memori daun pisang yang amat bermakna bagi saya, kerana dengan kuasa tuhan, saya masih lagi berkesempatan melihat keindahan alam maya ciptaan tuhan, masyaallah!!!!!!!

Jauh sekali hendak menunjuk2, sekadar berkongsi pengalaman dan pengetahuan, selagi masih upaya......
Yang diatas itu adalah koleksi Rumah Gadang, iaitu istana asal Pagar Ruyung seperti di istana seri menanti (kerabat bos lah, apa lagi hehehe). Di bahagian dalamnya sedikit
menyeramkan, tetapi ada penjaga yang bertugas menjaga,dan boleh pulah bergambar dan berposing dengan costume baju yang agak sedikit berbau hangit,dengan bayaran lebih kurang RM 5 duit kita.

Hah,,,,,pas tu lah posing lah abis2, mcm bikin felem hindustan tu..
Ingat tak lagi lagu Anita Serawak,tu lah, Ayam Den Lopeh,hahahhh,
Durui lah jalan pandai sikek,
Babelok jgn ke biaro, (entahlah saya pun tak roti nak ckp, bos taulah). Sebenarnya "Pandai Sikek" tu nama sebuah tempat disana.............








Pemandangan sebegini memng tak do kek tompek kito jang!!!!!! Cantik banget., tapi kemera saya pesen lama, jadi gambo tak jelas lah, tak pek nak tulong. Kalau nak tau itulah pemandangan disekitar kaki gunung berapi yang kabarnya telah pun memuntahkan laharnya, hisssss takut sya dengar, dan juga beberapa siri gegaran gunung berapi, saya juga pernah mengimpikan mempunyai rumah ditepi tasik sebesar itu, dengan angin yang kuat, tak yah pasang aircond kek umah.....nak makan ikan, poi jo kail topi tasik .......sure dapeknya.







Hah !!!! ekslusif,ekslusif, yang ini memg ekslusif, sebab nya curi2 amik gambor, di kabarkan bahawa songket tenunan ini yang memang menjadi mata pencarian utama orang disini adalah kepunyaan Yam Tuan Besar Negeri Sembilan, ditempah khas. Memang disini lah semua songket2 Yam Tuan dibuat,selama ini rupenye..... barulah tau.Bos pun tak pernah cerita...Selain halus banget buatan tangannya, saya amat kagum teramat kagum dgn kerja tangan org2 disana, selain juga membuat ukiran di kayu seperti kerusi,meja, dan kita juga boleh menempah terus dari mereka.........





Monday, 15-Dec-2008 04:22 Email | Share | | Bookmark
Gambar2 anak buah baru, yang terhangat di pasaran,kehkehkeh

 
 




Ini Isya, anak buah saya yang baru berumur lima bulan, dialah yang cute,yang comel sorang. Dia ada lesung pipit tau, jangan mare...........................kiri kanan lagi...gitu

[i]


Saturday, 13-Dec-2008 11:25 Email | Share | | Bookmark
seni yang terindah dan tidak terkata nilainnya!!!!!!!!!!

 
 
 
Pada mulannya saya tidak sama sekali menyangka bahawa apa yang saya tatap itu adalah semata-mata hanya lukisan,lukisan dan lukisan semata
Ia adalah hasil nukilan dari seorang pelukis dari Iran, yang melukis seakan2 lukisan itu adalah hasil "picture taken by camera" kan,

Begitulah halusnya seni, hasil kerja yang tiada tolok bandingnnya. Saya selalu akan menyelitkan lawatan sebegini pada setiap lawatan saya walau dimana2 jua,samada didlm atau diluar. . Saya memang suka membelek lukisan, rasa macm puas hati jika dapat belek dekat2. Ada lagi nanti saya selitkan disini yekkkkk




Dua buah lukisan yang kemudian ini adalah "oil painting" yang saya anggap sangat bermakna kerana saya membelinya di suatu pasar (garage sale) tak lama dulu. Puas tawar menawar dgn taukeh apek tu, last-last, haiya , amoi leng punya pasai, angkat2 lah, heheheh, jgn mare...Suka tengok suasana halaman yang menghadap kelaut, rasa tenang dan santai, saya gantungkan di dlam bilik membaca saya.....






Thursday, 11-Dec-2008 04:06 Email | Share | | Bookmark
Jalan -jalan cari makan di Melaka bandar bersejarah...

dah lama tak naik beca, seronok juga
istana kesultanan melaka
kaw di sekitar A'Famosa tu....
View all 10 photos...
[i[b]]Kalau nak diceritakan, betapa saya ni meminati lawatan yang sebegini, sama seperti semasa saya melawat Padang ,bukit tinggi ,indonesia. Saya telah melihat sendiri istana Pagar Ruyung disana ,dimana katannya istana itu dibuat hanya menggunakan pasak dan memang benar, tidak jumpa satu pun paku. Nanti jika ada lagi foto videonya, saya akan masukkan ke dlm fotpages. Ok.....Ini pula Istana Kesultanan Melaka, adik2 saya ni,mengambil kesempatan merakamkan foto di sekitar A'Famosa, dan didalam istana.
Bagi saya pengalam sebegini amat bermakna dan saya memang suka ,boleh menjana minda kita, tak kisahlah dalam negeri ke luar negeri ke, sama aje,












Tetapi suasana dibalai rong tu ,saya rasa sedikit menyeramkan, dan juga suasana di bilik beradu sultan, entahlah saya sendiri dapat rasa, ada kelainan sedikit, ataupun mungkin memg di buat sedemikian rupa,,Apa2lah.....

Tetapi yang paling best sekali naik beca lah apalagi. semasa saya pergi tu tengah duk kecoh Shah Rukh Khan kat melaka, memang pun, katannya beliau membuat persembahan singkat disitu, tapi saya tak peduli, saya lagi seronok naik beca....Dengan bermacam2 hiasan bunga dibeca itu, menarik perhatian saya,ada juga yang memasang radio tape lagu hindustan di beca tu sendiri, maklumlah, Shah Rukh Khan ada di Melaka kan...



Kebetulan semasa kami sampai,waktu mkn tengahari, so apalagi, kami makan dihadapan musium tentera laut ,dimana pilihan lauknya, masak gulai asam pedas,siput sedut, sambal belacan,ulam raja dan petai, hemmmmmmm, ngam lah tu dgn adik sya. hantu sambal belacan......hahahha.

Dikatakan oleh penjaga istana melaka , bahawa tiada dapur didlm istana.Rumah dapur dipisahkan dan dibina dibahagian belakang istana, asing,tetapi berdekatan, begitu juga dengan tandas,walauun dibilik beradu sultan pada zaman dulu, disediakan bekas takungan untuk digunakan sultan, dan pada keesokan paginnya akan di angkat oleh cacai penggangkat. Saya teringat dlm sebuah filem P.ramlee, Tiga abdul ada menyebut perkataan 'cacai' itu...patut ler..........hahhaha


[b][i][b]


Sunday, 30-Nov-2008 04:09 Email | Share | | Bookmark
green regency

tak siap lagi
 
 
View all 4 photos...
hermmmm, alahai, baju ni, hijau betul, nak tau macmana ,tu hijau pucuk pisang yang kuat tu,,,,..tapi ada juga yang suka hijau kuat,mata saya sakit. Tangan nya ala.ala saloma, paras ke siku, dan ada juga labuci di sekeliling siku tu, saya buat manik tabur...masa buat ni, idea tak berapa nak adelahhhhh. Materialnya saya beli di Medan indonesia. biasalah sanakan banyak kain2 cantik2.....




the green regency


[<<  <  5  6  7  8  9  10  11  [12]  13  14  15  16  17  18  19  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net